Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.


Kami mula nampak yang hubungan rapat Maya Karin & Remy Ishak tidak lebih dari hanya hubungan sesama rakan sekerja yang professional. Sejauh mana kebenaran’nya, hanya mereka yang tahu.

Seorang peminat dunia hiburan memberitahu yang sumber terdekat beliau mengesahkan yang Remy Ishak kini sedang dalam proses untuk bergelar penyanyi.

Perjalanan Remy Ishak akan bermula dengan merakamkan salah satu lagu tema untuk filem ‘Cun’ yang turut di’bintangi Maya Karin.

Mungkin kerana melihat kepada potensi suara & bakat yang ada pada Remy Ishak, Nurzaidi Rahman (komposer) berminat untuk menerbitkan album penuh Remy Ishak.


Lucu apabila membaca tajuk album penuh Remy Ishak yang masih dalam perbincangan itu, ‘Cun Selamanya’. Macam tajuk album tahun 90’an untuk kumpulan pop remaja.

Kita dengarkan sahaja nanti alunan suara Remy Ishak di’radio. Mana tahu ada potensi untuk pergi jauh. Selepas ini bolehlah berduet dengan Maya Karin.