fbpx

Reen Rahim Rapat Dengan Seseorang?

Pelakon Reen Rahim yang kini telah mencecah usia 28 tahun memberitahu dia kini sedang mengenali hati budi seseorang, bagaimanapun pelakon yang membintangi drama berjudul Jom Kahwin masih belum bersedia untuk berkongsi siapakah jejaka yang telah menawan hatinya.

BACA: Berbikini: Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Ramai

“Saya masih dalam proses mengenali, berkawan sekiranya jodoh sampai saya akan berkongsi kepada semua,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Drama Jom Kahwin HyppTV petang kelmarin.

Pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pilih Kasih, ini juga kurang dikaitkan dengan gosip atau kontroversi, baginya kerjaya adalah keutamaannya berbanding terpalit dengan kontroversi yang boleh menjatuhkan kariernya.

“Mungkin kehidupan saya ringkas, saya pergi kerja dan balik kerja, dan jarang untuk melepak. Kemana sahaja saya mahu pergi ibu saya mesti tahu dan mungkin satu lagi faktor usia,” katanya sambil berseloroh.

Tambahnya lagi, dia bukannya tidak bersosial tetapi ada hadnya. Dia akan ke suatu majlis tersebut sekiranya dijemput atau terlibat dengan acara-acara itu.

“Bukannya tak pergi langsung, saya pergi ke majlis sekiranya saya terlibat dan selebihnya untuk menyokong kawan-kawan yang bertanding atau apa sahaja yang diraikan. Saya kalau boleh nak orang nilai kerja saya dan saya masuk industri bukannya nak perasan diva atau seumpamanya itu,” jelasnya. (rtky/h)