Nice eh? Bukan selalu kita dapat tawaran barangan berjenama mewah pada potongan melebih separuh harga. Reebonz Malaysia kini menawarkan untuk anda khas bersempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 56.

Sepanjang minggu terakhir bulan Ogos ini, Reebonz Malaysia ingin meraikan 56 tahun kemerdekaan negara kita bersama anda semua dengan memberikan 56% potongan kepada harga 56 barangan terpilih.

Jualan Merdeka Sale ini akan bermula secara atas talian (online) pada 25 sehingga 31 Ogos 2013 manakala di ruang pameran Reebonz SPACE, Bangsar pada 26 sehingga 30 Ogos 2013.

Kepada yang belum tahu, Reebonz SPACE merupakan ruang jualan fizikal yang di’buka pada 29 Mac yang lalu & bertempat di lokasi strategik Level 3A, Menara BRDB, Bangsar.

Antara jenama & terkenal yang pasti boleh anda beli melalui jualan khas ini adalah Prada, Coach, Burberry dan Kate Spade.

Reebonz adalah jenama atas talian paling dipercayai untuk membeli dan menjual produk mewah pelbagai jenama terkenal dari seluruh dunia.

Barisan jenama mewah yang pernah ditawarkan Reebonz sehingga kini adalah Balenciaga, Prada, Coach Longchamp, Marc Jacobs, Mulberry, Reed krakoff, Givenchy, Tom Ford, Bally, Dior, Bottega Veneta, Paul Smith, Tod’s, Vera Wang, Breitling, Burberry dan banyak lagi.

Ahli Reebonz boleh membeli belah secara online atau menerusi aplikasi telefon bimbit mereka untuk barangan mewah dan rekaan pereka terkenal untuk wanita & juga lelaki.

Reebonz Malaysia : Diskaun 56% Untuk 56 Beg Mewah Sempena 56 Tahun Merdeka

Lebih menarik, apabila anda membeli belah di Reebonz yang dijamin 100% ketulenan produk mereka, anda mempunyai pilihan untuk membayar secara 0% ansuran sehingga 24 bulan dengan 8 buah bank (AmBank, Citibank, OCBC, HSBC, Public Bank, RHB, MFB, Alliance).

Dan, anda tidak perlu membayar lebih untuk kos penghantaran kerana ianya percuma (free shipping) dan barangan idaman anda akan dihantar dalam signature Black & Gold packaging.

Jangan tunggu lagi! Merdeka Sale ini hanya berlangsung seminggu sahaja. Daftarkan diri anda sekarang di Reebonz & boleh terus nikmati diskaun 56% ke atas 56 barangan terpilih sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 ini.