fbpx

Jika anda dapat imbas kembali telefon pintar siri Redmi Note, yang sebelum ini telah pun adalah salah satu telefon pintar jarak jauh yang berkuasa tinggi dengan harga yang berpatutan. Paling wow dan menakjubkan, siri Redmi Note ini telah pun dijual sebanyak 110 juta unit di seluruh dunia.

Terbaru, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro juga menduduki tempat sebagai telefon pintar 10 teratas global di Q419 oleh Canalys.

Siri legenda Redmi Note diteruskan lagi, dengan Redmi Note 9 Pro yang baru sahaja dilancarkan.

1. Reka Bentuk Yang Meletop

Jangan tak tahu, Redmi Note 9 Pro ini memiliki 6.67 inci DotDisplay, yang memberikan pengalaman sinematik yang sangat mendalam kepada anda. Menurut Sertifikasi TUV Rheinland dari Jerman, paparan pada telefon pintar Redmi Note 9 Pro ini bukan sahaja bagus untuk dilihat, tetapi juga dapat melindungi mata anda.

Corning Gorilla Glass 5 yang terdapat pada bahagian depan dan belakang serta penutup lensa telefon pintar dapat memberi jaminan Redmi Note 9 Pro ini tahan lama. Ini sekaligus akan memberi effect lebih cantik pada badan Redmi Note 9 Pro ini.

Dihandiri dengan 3 pilihan warna yang menakjubkan iaitu Tropical Green, Glacier White & Interstellar Grey. Tropical Green adalah yang paling istimewa di antara semua warna, kerana ia dilengkapi dengan 2 tone warna yang cantik dan reka bentuk simetri.

2. Prestasi Sistem Pemprosesan Yang Terbaik

Sistem pemprosesan Snapdragon 720G terbaru yang ada pada Redmi Note 9 Pro ini sangat sesuai untuk permainan mudah alih. Lebih hebat lagi, sistem ini disokong dengan teknologi proses 8nm, kelajuan jam CPU hingga 2.3GHz dan Adreno 618.

Snapdragon 720G memberikan prestasi grafik sebanyak 14% dengan lebih baik, prestasi AI sebanyak 115% lebih baik berbanding generasi terakhir.

Redmi Note 9 Pro ini juga mempunyai kuasa bateri sebesar 5,020mAh dan boleh digunakan lebih dari 2 hari. Bab pengecasan jangan risau, telefon pintar ini mempunyai 30W pengecasan terpantas yang mampu caj dari kuasa bateri 0% hingga 50% hanya dalam 30 minit sahaja.

3. Kamera AI Quad 64MP Serba Lengkap

Redmi Note 9 Pro hadir dengan 64MP AI Quad Camera, serba boleh untuk semua keadaan. Memiliki 64MP Kamera Utama, ukuran sensor besar sehingga 1 / 1,72 inci, sehingga anda dapat menangkap gambar dengan perincian ultra dengan lebih tajam.

Gambar yang diambil menggunakan kuasa ultra wide angle

Gambar yang diambil menggunakan kuasa ultra wide angle

8MP yang ada pada kamera sudut ultra lebar dengan 119 °, dapat menangkap gambar full view pada pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Kuasa kamera micro yang menakjubkan

Buih dalam air kelihatan lebih jelas apabila menggunakan kuasa kamera micro

Kuasa 5MP pada kamera marco dan 2MP Depth Sensor, dapat memberi lebih banyak gambar menarik dan pengalaman hebat semasa anda mengambil gambar.

Bagi yang gemar merakam video untuk vlog anda memang bertuah untuk dapatkan telefon pintar Redmi Note 9 Pro ini kerana kuasa rakaman videonya mencecah 4K.

Sejujurnya, Redmi Note 9 Pro ini sangat sesuai untuk anda yang gemarkan kecanggihan gadget dalam memudahkan kerja harian anda. Jadi yang gemar rakam video, ambil gambar OOTD dan yang sibuk bekerja sehingga terlupa bateri telefon yang nyawa-nyawa ikan tu lebih baik anda berpaling kepada keluaran Redmi yang terbaru ini.

Hanya bernilai RM1,099 sahaja segala kecanggihan dan teknologi terkini sudah menjadi milik anda. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan di mana-mana kedai berhampiran anda, atau anda boleh membeli melalui dalam talian di Lazada. Jangan tunggu lama-lama dapatkan sekarang!