fbpx

Rebecca Nur al-Islam Dikritik Tak Hormat Suami

Semalam Datuk Seri Aliff Syukri telah selamat mengadakan majlis kesyukuran serta doa selamat bersempena rumah agamnya yang baru siap. Pun begitu, sekeping gambar bersama Datin Rebecca Nur Al Islam yang merangkul tangannya ketika suami disisi menarik perhatian ramai.

BACA: Rebecca: Muka Datin Ciplak Macam Mayat Jadian!

Menerusi perkongsian itu, Aliff dilihat bergambar dengan pasangan suami isteri terbabit, namun disebabkan Aliff berada di tengah, tangan Rebecaa erat memeluk tangan usahawan itu hingga menimbulkan rasa tidak senang netizen.

Di ruangan komen ramai mempersoalkan tindakan Rebecca sedangkan suaminya berasa di situ. Mungkinkah keakraban Rebecca dan Aliff menyebabkab mereka tidak segan untuk berpegangan walaupun berlapik?

Tindakan Rebecca itu dikritik hebat oleh persatuan mak cik bawang kerana seolah tidak menghormati suaminya yang turut berada disitu. Ada juga yang sempat memerli Rebecca tersalah suami kerana memegang tangan suami orang.

Kami pun tidak pasti mengapa Rebecca bertindak demikian, mungkinkah ianya tidak disengajakan. Tapi yang jelas memang agak tidak manis biarpun mereka berkawan rapat. Mungkin juga suami Rebecca sendiri tidak kisah tentangnya? (rtky/w)