fbpx

Rebecca: Muka Datin Ciplak Macam Mayat Jadian!

Masih lagi tercari-cari di mana punca perdebatan yang kini sedikit sebanyak membuka pekung sebelah pihak, Insta Stories pelakon Rebecca Nur Al Islam penuh dengan luahan dan juga komen yang berkaitan dengan seorang – datin muda ciplak.

BACA: Rebecca Nur Al Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat

Boleh tahan juga pendedahan yang dibuat oleh Rebecca di Instagram. Bermula dengan kenyataan bahawa dia kehilangan rakan-rakan kerana telah dihasut oleh datin muda ciplak tersebut dan kemudiannya berlarutan dengan mesej peribadi yang dihantar kepadanya melalui Instagram.

Selain itu, Rebecca turut mendedahkan bahawa datin ciplak tersebut turut membuatkan suaminya tidak berjumpa dengan keluarga sendiri selain mendedahkan datin tersebut turut berhasrat mengakhiri hubungan mereka dan kembali bersama bekas kekasih.

Boleh tahan juga mesej-mesej yang ditinggalkan oleh peminat dan pengikut Rebecca yang mendakwa pelbagai pendedahan dan perlakuan datin tersebut sebelum ini.

Berang dengan perkara itu juga, Rebecca turut meluahkan perasaan dan menyatakan bahawa datin muda ciplak berkenaan umpama mayat jadian. Anda tahu siapa yang Rebecca maksudkan? Semoga episod ini berkahir dengan penamat yang baik hendaknya. (rtky/s)