fbpx

Razak Ahmad Kembali Ke Mahkamah, Kes Khalwat Lima Tahun Dahulu

Mungkin wajah lelaki ini selalu anda lihat di’televisyen, tetapi nama tidak sepopular Shahz Jaszle.

Tetapi bukan itu masalah’nya, Razak Ahmad kini kembali dalam spotlight negatif apabila kesnya kembali ke mahkamah.

Lima tahun lalu, sebelum iPhone tercipta, sebelum Facebook menjadi cool, sebelum blog gossip menjadi tumpuan, Razak Ahmad di’dakwa berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, Selamah Sahudin.

Wanita tersebut mengaku bersalah pada pendakwaan pertama 2006 yang lalu. Membayar RM2,850 dan menjalani kehidupan seperti biasa. End of story.

Razak Ahmad sebaliknya masih tidak mengaku bersalah sehingga ke hari ini, selepas lima tahun peristiwa hitam itu berlaku. Masih mahu menegakkan keadilan yang beliau hanya pergi untuk mengambil baju.

Jika pelakon ini mengaku bersalah pada tahun 2006 lalu, beliau perlu membayar maksima RM3,000 dan hari ini, 2011 tidak akan ada siapa yang ingat beliau pernah di’tangkap khalwat.

Bukan kami kata Razak Ahmad berbohong, tetapi reputasi beliau sendiri yang tercemar kerana selama lima tahun, ada sahaja cerita beliau ke mahkamah kerana tangkapan khalwat.

RM3,000 atau nama busuk setiap tahun sehingga selesai? Fasha Sandha pernah di’tangkap kerana di’dakwa terlibat pengedaran dadah pada tahun 2004. Siapa masih ingat? Ha.