Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Kalau di’perhatikan betul-betul, berita dunia artis kita 90% akan meliputi isu tentang percintaan, perkahwinan & penceraian.
Secara am’nya, manusia mahu tahu sisi kehidupan normal seorang manusia lain yang secara kebetulan seorang selebriti.
Hari ini mari kita bercerita tentang kisah cinta Ratu Rock Malaysia, Ella yang kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda berusia 15 tahun lebih muda.
Pemuda ini di’katakan agak kacak & memiliki kerjaya yang sangat menjamin masa hadapan namun bukan datang dari kalangan keluarga yang berpengaruh atau terkenal.
Apa yang lebih penting di’sini, pemuda berusia 29 tahun ini seorang yang bujang & masih belum mahu mendirikan rumahtangga & meninggalkan keseronokan hidup bujang.
Pendirian lelaki ini sedikit sebanyak menimbulkan beberapa siri kurang senang antara mereka berdua namun atas dasar kasih sayang, mereka atasi itu semua. (Shit, ayat skema!)
Satu lagi perkara yang menarik tentang hubungan mereka, Ella di’katakan kurang disenangi oleh rakan-rakan lelaki ini kerana sifat manja & queen control yang di’katakan keterlaluan.
Sekali lagi kerana kasih sayang yang kuat, lelaki ini telan apa sahaja yang di’katakan rakan-rakan beliau. Sekalipun sampai satu tahap mereka mempersendakan tahap penguasaan bahasa Inggeris Ella.
Apa yang pasti, hubungan mereka berada dalam tahap yang serius & kami mengharapkan mereka berdua akan melalui fasa perkahwinan bersama, Ella pun bukan makin muda.
Itu sahaja berita gossip Ratu Rock Malaysia untuk hari ini. Jika ada apa-apa maklumat lanjut akan kami sampaikan lagi kepada anda semua.