fbpx

Rashidi Ishak Nafi Bercinta Dengan Finalis Dewi Remaja

Semalam, berita perceraian pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran hangat diperkatakan oleh netizen. Namun timbul pula khabar angin aktor berusia 45 tahun itu dikatakan menjalin hubungan dengan finalis Dewi Remaja 2014/2015, Fify Azmi.

Bagaimanapun, Rashidi menjelaskan Fify merupakan bekas pekerjanya dan model untuk iklan produk keluarannya. Ujarnya lagi, wanita itu juga bukanlah orang ketiga atau punca perpisahannya dengan Vanidah seperti yang didakwa netizen.

BACA: Netizen Spekulasi Rashidi Ishak Ada Hubungan Dengan Finalis Dewi Remaja?

“Ramai yang serang dia di Instagram dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini. Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya.

“Memandangkan untuk mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan dia untuk berlakon dalam iklan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Rashidi berkata dia mengambil masa beberapa bulan untuk merawat luka dan bukan mudah untuk melalui episod perceraian. Katanya lagi, dia tetap menyayangi bekas isterinya itu meskipun mereka tidak lagi bersama.

“Secara jujurnya saya melalui episod duka yang sangat menyakitkan kira-kira 3 hingga empat bulan sehingga dapat menyesuaikannya.

“Siapa yang tidak sayang 17 tahun perkahwinan, masa bercerai pun saya beritahu dia saya akan terus menyayanginya sehingga nafas terakhir walaupun sudah tidak bersama.

Dalam pada itu, Rashidi juga mengakui dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bekas isterinya.