Netizen Spekulasi Rashidi Ishak Ada Hubungan Dengan Finalis Dewi Remaja?
Teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran akhirnya terjawab apabila menerusi Instagram malam tadi, aktor itu mendedahkan bahawa mereka sudah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.
Rashidi juga mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga punca rumah tangga yang dibina selama 17 tahun hanya mampu bertahan setakat itu sahaja.
BACA: “Biar Kami Sahaja Tahu, Tak Manis Dedah Punca Cerai”
Dalam ketika kisah perceraian mereka sedang hangat diperkatakan, timbul pula gosip mengatakan aktor berusia 45 tahun itu mungkin sudah bertemu pengganti apabila dilihat sering memuat naik gambar mesra bersama seorang finalis Dewi Remaja, Fify Azmi.
Netizen mula membuat spekulasi adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Namun, jika dilihat pada gambar yang dikongsikan, mereka hanya bekerjasama untuk mempromosikan satu jenama minyak wangi.
Tidak kurang juga ada netizen meluahkan rasa sedih apabila melihat Instagram Vanidah masih tersimpan gambar bersama bekas suaminya, tetapi di Instagram Rashidi tiada lagi gambar bekas isterinya.
Apa pun netizen jangan terlalu cepat sangat membuat andaian atau spekulasi. Adalah lebih baik jika berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Rashidi dan Vanidah.
- SUMBER
- BeautifulNara
LAKI KALAU DAH GATAI MCM NI LAH! TAK KIRALAH DAH CERAI KE TAK, KO NAK KOMEN PASTU LETAK LOVE LOVE KALAU AKU JD VEE PUN BOLEH TAMPAR MUKA DIA JADI VAVI!! KOMEN AJET AJET KALAU KO SINGLE, KO LAYAN!
biasa la lelaki, nak juga test pucuk muda, asyik makan sup ayam je hari2 bosan la kan haha
Byk yg cerai2 nih sb org ketiga tak suami atau bini buat hal. Kesian sape jadi mangsa. Dulu2 lum zmn ternet pun dh pandai main mata lglh skrg romen diujung jari jer.
takde duit dan takde job rashidi…tgk ye nnti muka vanida dkt drama org kaya berada holding mega company datin dkt tv3 astro
HAHAHAH. Lepastu “syarikat konsesi” dan tidak dilupakan “projek 300 juta tu” – kdg2 asyik cakap psl projek tu je, kekdohnya kompeni ko ada projek tu je ke hahahahaha.
Macai melayu bodoh!
Siap dukung tu dlm iklan..Wat biasa2 Dahla.. klu saya pun terasa…kurusnya shidi..
iklan ni baru lagi tahun ni ..dorang cerai 2018 apa laa pikir jauh mcm tu .. sape nak shidie tu ..xde job lama x berlakon… ni baru muncul balik
bagi laa peluang dia cari duit balik …. iklan tu pun bukan arahan dia … dia buat je nak cari duit utk hidup…..