fbpx

“Rasa Sayang Saya Kepada Diana Makin Bertambah-Tambah”

Pelakon Farid Kamil berkata dia berharap prosiding Sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini akan mencapai kata sepakat.

Memetik Utusan Online, Farid turut meluahkan rasa gembira dapat bertentang mata dengan Diana Danielle dan menyatakan rasa sayang pada isterinya makin bertambah.

BACA: Farid Kamil Bahagia & Ceria Mandi Manda Bersama Anak-Anak

“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya. Rasa sayang saya (kepada Diana) semakin bertambah-tambah.

“Semoga kami dapat besarkan anak anak seperti kanak-kanak normal,” katanya.

Sebelum ini, Diana tidak hadir ke bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu. Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.