Pada 1 Syawal lalu, pelakon Farid Kamil dilihat ada memuat naik foto bersama anak sulungnya, Muhammad mengenakan baju Melayu lengkap berwarna putih.
Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat isterinya, Diana Danielle dan anak perempuannya, Nur Aurora dalam gambar tersebut.
BACA: “Curang Adalah Pilihan, Kesetiaan Ialah Tanggungjawab” – Farid Kamil
Terbaru, Farid sempat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah taman tema air terkemuka di sekitar ibu kota.
Farid kelihatan begitu ceria bermandi manda bersama anak-anaknya yang juga ceria di samping bapa mereka. Dalam pada itu, Farid sempat berkongsi momen bersama anaknya sedang menari di dalam air.
Sebelum ini, Farid didakwa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Aurora selepas anaknya itu dikatakan mengalami trauma.
Rumah tangga Farid dan Diana kini berdepan kemelut apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu.