Pasti ramai tahu mengenai kisah usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang sebelum ini pernah bercinta dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida namun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.
Terbaru, kedua usahawan itu sudah berdamai dan ada sahaja momen ‘sweet’ mereka yang dikongsikan di media sosial.
BACA: “Hati Saya Berdebar-Debar Bila Nampak Iqbal” – DSV
@datoserividaofficial Replying to @rafidah824 confess depan depan ye @Iqbal Zulkefli #masukberandafyp #fypppppppppppppp #datoserivida #UnbeatableXfinity #foryou #dsvkuikhlaskan #UnbeatableXfinity #MONICAATEST #forupage #dsvgelak #masukberandagk #ahmadiqbalzulkefli #fyp?
? original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Terbaru, Vida ada memuat naik video dimana Iqbal berkongsikan rasa sayang kepada Vida masih sama seperti dulu. Kata Iqbal lagi, dia takut untuk bercakap mengenai perkara itu kerana bimbang dikatakan permainkan perasaan Vida.
Melihatkan video tersebut, Vida seolah terkejut mendengar pengakuan Iqbal yang masih menyimpan perasaan cinta terhadapnya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan luahan Iqbal itu ikhlas serta meminta Vida bukakan hati untuk menerima pemuda itu.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen meminta Iqbal dan DSV berkahwin jika kedua-dua mereka suka sama suka. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin Vida lebih memikirkan perasaan anak-anak berbanding dirinya.