fbpx

“Rasa Sangat Sebak Masa Bertunang Dulu”

Bakal menjadi ibu tidak lama lagi, Elfira Loy mengenang kembali detik majlis pertunangan dengan suami. Luah Elfira, beliau berasa terlalu sebak pada waktu itu sehingga tidak mampu untuk berkongsi banyak gambar disekitar majlis.

BACA: “Tiada Majlis Pengumuman Jantina Anak Akan Dilakukan”

“El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat, sebak sesebak sebaknya. Bersyukur dikurniakan rasa ini. Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan”

Dalam posting itu, Elfira seakan memberi bayangan bahawa pengalaman terdahulu mengajarnya erti sabar dan yakin dengan dugaan yang diberikan. Elfira juga sempat memberikan nasihat buat pengikutnya.

“Pengalaman lama mengajar erti kesabaran, ketabahan dan keyakinan terhadap petunjuk Allah. Sabar itu memang indah. To whoever yang mengalami masalah terkunci dihati hingga berat untuk dibacarakan, bicarakanlah kepada Allah”

“Semoga Allah juga memmberikan petunjuk kepada kalian. Baju ni abang RizmanRuzaini buat suka gila, akhirnya boleh post. Harap-harap lepas ni muat balik nak pakai! Sebab haritu tak tangkap gambar banyak,” tulisnya.

Di ruangan komen, ramai memuji ketabahan pelakon kecil molek ini melalui dugaan sebelum ini. Terdahulu, Elfira pernah mengikat pertunangan dengan Sufian Suhaimi namun putus dan kemudian berkahwin dengan Muhamad Faris. (rtky/w)