fbpx

Rasa Panas, Nak Muntah Ketika IG Live, DSV Kena Buatan Orang?

Baru-baru ini IG Live jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila dia berasa panas badan dan berasa ingin pitam serta muntah ketika siaran langsung.

Susulan itu, Vida merasakan seperti mendapat gangguan yang tidak diingini seperti ilmu hitam atau kena buatan orang. Ujarnya, setiap kali live pasti akan rasa panas dan seperti mahu muntah.

BACA: “DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh”

“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?

“Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas..Saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Vida mengadakan solat sunat hajat dirumahnya serta membuat pendinding diri dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran termasuk ayat Kursi.

“Saya dah sediakan ayat kursi siap-siao sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ni siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu. Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding,” katanya.