fbpx

“Rasa Nak Buat Novel Cinta Pengkid Yang Tak Kesampaian”

Hampir dua minggu kontroversi juara musim kedua program Da’i Nik Farhan dan isteri barunya, Dr Erin hangat diperkatakan, nampaknya isu terpalit pendakwah itu semakin reda.

Bagaimanapun, baru-baru ini Dr Erin ada memuat naik perkongsian berbaur sindiran ketika sedang bercuti ke Korea Selatan. Menerusi entri itu, Dr Erin berkata dia mahu menghasilkan novel cinta yang tidak cliche atau seperti kebiasaan.

BACA: Buang Gelaran Da’i, Kini Guna Nama Farhan Mutawwif

“Percintaan Winter Sonata atau Ainul Mardhiah. Aduh siap ada nak buat novel bagai ni, ada tak orang nak buat filem ke drama ke?

“Kalau ada mari sini nak tambah sedap. Kadang-kadang yang tersurat belum tentu yang tersirat. Takat isteri teraniaya, nikah dua cerai tu biasa duk dengar. Ini lagi best memang kalau buat novel boleh menang anugerah,” tulisnya.

Dr Erin berkata dia mahu hasilkan novel kisah cinta luar norma orang biasa dimana kisah percintaan perempuan sesama perempuan yang tidak kesampaian.

Bagaimanapun, Dr Erin masih menutup ruangan komen akaun Instagramnya sejak beberapa minggu lalu.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya.