fbpx

Buang Gelaran Da’i, Kini Guna Nama Farhan Mutawwif

Selepas mengumumkan perkahwinanya dengan seorang janda anak lapan, pelbagai kontroversi terpalit juara musim kedua program Da’i, Nik Farhan. Malah, ramai netizen mengecam tindakannya yang menceraikan isteri pertamanya yang sarat hamil.

Tidak terhenti disitu, segala kenyataan Da’i Farhan menimbulkan rasa marah netizen sehingga satu petisyen dilancarkan bagi menarik balik gelaran PU, Da’i untuk mereka yang ‘menunggang agama’.

BACA: Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Ada Diploma Perubatan Islam?

Selepas pelbagai cemuhan diterima, Da’i Farhan akhirnya bertindak menukar nama di Instagram miliknya. Sebelum ini menggunakan nama Da’i Farhan kini telah bertukar nama kepada Farhan Mutawwif.

Pada profil akaun tersebut, turut diletakkan nama Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw.

Dalam pada itu berdasarkan hasil pemerhatian, Farhan sudah membuang semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya.