Penyanyi Mawi mengakui dia merasa agak kekok untuk menyebut tagline popularnya ‘World’ ketika diperkenalkan di pentas Gegar Vaganza Fantasia.
Memetik Media Hiburan, Mawi berkata sudah lama dia tidak menyebut tagline berkenaan dan seolah sukar untuk keluar dari mulut.
BACA: Mawi Pernah Terima Hadiah Seluar Dalam Wanita Berlendir
“Perkataan ‘World’ itu bagus tapi bila sudah lama tidak disebut, saya rasa macam ‘poyo’ pula. Itulah apa yang saya rasa. Ia macam susah nak keluar daripada mulut. Rasa itu seperti tidak lepas.
“Sebab itu saya hanya buat tagline viral ‘six seven’ kerana ia kesukaan anak saya. Selepas ini, saya boleh sahaja nak sebut. Bergantung kepada rasa dan keadaan,” katanya.
Sementara itu, Mawi berkata dia rasa gemuruh untuk kembali bertanding dalam program realiti namun lebih terkawal berbanding yang dilalui di Akademi Fantasia.
“Persembahan kita tidak terlalu lama. Paling maksimum pun tiga minit sahaja. Namun, persiapannya memerlukan komitmen yang tinggi. Saya rasa sama sahaja seperti mana yang saya lalui di Akademi Fantasia dahulu. Rasa dan tekanan itu tetap ada.
“Cuma kali ini perasaan itu lebih terkawal kerana kita sudah laluinya dahulu. Saya hanya menikmati sahaja perjalanan di program ini,” katanya.
Sumber: Media Hiburan