fbpx

Rasa Macam Nak Bunuh Diri, Aliff Syukri Tertekan Dikecam

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu tidak pernah lekang dengan kontroversi. Apa sahaja perkara yang dilakukannya pasti akan mengundang kecaman netizen. Malah, netizen beranggapan ianya salah satu strategi untuk melariskan produknya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff mengakui tertekan kerana sering menjadi mangsa kecaman netizen. Aliff juga turut mempersoalkan mengapa netizen tidak berhenti asyik mencari kesalahannya sehingga timbul rasa mahu membunuh diri.

BACA: “Kenapa Suka Cari Salah Saya, Itu Gambar Lama Baru Upload”

Ujarnya lagi, dia penat untuk menjadi ‘Aliff Syukri’ kerana hidupnya sentiasa menjadi perhatian ramai. Katanya lagi, Kehidupannya lebih banyak terjadi perkara yang sedih berbanding gembira.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menasihatkannya agar tidak membuat keputusan melulu dan kembali kepada Allah. Netizen turut mengingatkannya agar muhasabah diri kerana apa yang berlaku adalah disebabkan tindakannya sendiri.

Namun, seperti sudah dijangka ada yang menganggap kenyataan itu sekadar gimik terbarunya. Tidak kurang juga ada yang mengatakan usahawan itu sengaja berdrama untuk meraih publisiti semata-mata.