fbpx

“Kenapa Suka Cari Salah Saya, Itu Gambar Lama Baru Upload”

Semalam hangat diperkatakan netizen bengang dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa sengaja melanggar melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Janda Baik, Pahang.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan usahawan itu ternyata tidak adil untuk rakyat lain yang patuh duduk di rumah. Malah, ramai tertanya-tanya bagaimana usahawan itu boleh kemana sahaja bersama anak-anak dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

BACA: Sering Kesana Kesini, Netizen Bengang Aliff Syukri Ingkar PKP

Tampil menjelaskan mengenai isu itu, Aliff menafikan dakwaan melanggar arahan PKP dan foto serta video percutian bersama anak-anak yang dimuat naik itu adalah rakaman lama sebelum bermulanya tempoh PKP.

https://www.instagram.com/p/B-wvrhQJkP2/?utm_source=ig_embed

Menerusi video dikongsikan di Instagram, usahawan itu juga turut mempersoalkan mengapa netizen sering mencari kesalahannya sehingga apa sahaja yang dia lakukan ada sahaja serba tak kena dan mencetuskan kontroversi.

Meskipun sudah memberi penjelasan, namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Netizen berkata secara terang-terangan anak-anak memang bersama dengannya sedangkan ketika permulaan tempoh PKP mereka bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida di Kota Damansara.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi PKP akan tamat, apa pun diharap rakyat Malaysia akan terus mematuhi arahan kerajaan untuk memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.