Amar Asyraf Menangis Kedai Minyak Wangi Dah Ada Signboard
Baru-baru ini, pelakon Amar Asyraf berkongsikan kegembiraannya apabila berjaya membuka sebuah kedai menjual minyak wangi jenamanya sendiri, ‘House of Al-Amar’.
Menerusi perkongsian di TikTok, Amar dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik saja melihat papan tanda perniagaannya.
BACA: Amar Asyraf Kahwin Kali Ketiga?
@amarasyrafzailuddin Alhamdulillah, syukur kepada Allah. TERIMA KASIH semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. TERIMA KASIH SEMUA !!
Menurut Amar, pada awalnya dia memulakan perniagaan dirumah sehingga mempunyai kedai dan papan tanda besar untuk bisnes miliknya itu.
Dalam pada itu, Amar turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan pada perniagaannya serta meluahkan rasa syukur pada Allah atas rezeki diberikan.
Perkongsian Amar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan kejayaan pelakon itu serta ada yang teringat apabila melihat perjuangan Amar ketika tempoh pandemik.
saya rasa sebak bila buka kedai jual minyak nyioq dan keriseq.
Huurrmm.. Jgn dh senang nko buat TAIK lgi??! Ingat sapa org2, selalu mndoakn nko?
Sekiannn
moga2 bertambah maju saudaraku??
Ustaz tiktok zaman sekarang. Gila glamer. Gila publisiti. Buat2 sebak sebab nak content? Lemah btul jati diri!