fbpx

“Rasa Bahagia Nyanyikan Lagu Tiara, Lagu Ini Dekat Di Hati Saya”

Sebut saja nama Raffa Affar, sememangnya ramai mengenali penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagi Cinta Sampai Mati yang menjadi siulan ramai di media sosial.

Malah, penyanyi itu juga terkenal dengan beberapa lagu nyanyian semula yang pernah popular di tanah air seperti Buih Jadi Permadani dan Mencari Alasan nyanyian asal kumpulan Exists.

BACA: Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Suara Ke Laut, Penyanyi Indonesia Ini Dikecam

Terbaru, Raffa muncul dengan lagu ‘cover version’ Tiara yang pernah popular pada 1991 nyanyian kumpulan Kris.

Meskipun ramai yang memuji nyanyiannya itu, namun ada yang mengkritik nyanyian penyanyi dari Jawa Barat, Indonesia ketika siaran lansung yang dikatakan sumbang.

Malah, ada yang beranggapan lagu bergenre ‘slow rock’ ciptaan Datuk M Nasir itu tidak kena dinyanyikan dengan cara nyanyian Raffa.

Tidak melatak dengan kritikan netizen, Raffa berkata setiap orang ada pendapat mereka masing-masing dan dia mengakui sukakan lagu yang mendayu-dayu.

“Semua orang bebas berpendapat. Jadi, saya tak boleh memaksa orang untuk suka atau tidak. Kalau mereka suka alhamdulillah, kalau tak ada yang suka berterima kasih juga. Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.

“Saya tahu lagu Tiara itu popular pada 1991. Saya tahu daripada syarikat rakaman dan saya pun mendengarkannya. Jadi, saya suka lagu yang mendayu-dayu sebegitu. Saya cuba membuat versi ‘cover’ sendiri,” katanya.

Ditanya sebab memilih lagu Tiara untuk dinyanyikan semula, Raffa berkata lagu itu dekat di hatinya serta sukakan liriknya yang sangat puitis.

“Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya berasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini. Lirik lagu Tiara ini sangat puitis dan saya mahu dengarkan lagunya yang lain,” katanya.