fbpx

Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Suara Ke Laut, Penyanyi Indonesia Ini Dikecam

Sebut saja nama Raffa Affar, sememangnya ramai mengenali penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagi Cinta Sampai Mati yang menjadi siulan ramai di media sosial.

Terbaru, penyanyi dari Jawa Barat, Indonesia itu merakam semula lagu Tiara daripada Kumpulan Kris yang pernah popular pada tahun 90an hasil ciptaan Datuk M.Nasir.

Baru sebulan lagu tersebut dilancarkan di YouTube, ianya sudah mendapat sebayak 22 juta tontonan. Terbaru, tular rakaman Raffa menyanyikan lagu tersebut di sebuah acara konsert. Namun, nyanyiannya dikritik sumbang serta dikecam oleh netizen.

https://www.tiktok.com/@mohd_yusuf86/video/7114186575164017947?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Mendengarkan suara penyanyi itu secara langsung yang tidak merdu, netizen mempersoalkan suara Raffa berbeza dengan suara rakaman.

Tidak kurang juga, ada yang memerli penyanyi itu dengan mangatakan dia sedang menyanyi atau membaca.

Bagaimanapun, ada sahaja netizen yang tetap memuji suara Raffa serta mengatakan mungkin penyanyi itu gemuruh untuk menyanyi secara langsung.