fbpx

Ras Adiba Radzi Tidak Pernah Digantung Kerja Kerana Botak – Media Prima

Eh pandai pandai cakap kerja orang sudah di’gantung. Tidak baik tahu bergossip tentang karier orang, macam macam persepsi nanti keluar. #KenyataanTidakSedarDiri

Awal hari semalam, beberapa laporan media menulis yang Ras Adiba Radzi telah di’gantung tugas di NTV7 selepas beliau mengambil keputusan untuk membotakkan kepala.

Tindakan beliau itu adalah untuk kebajikan dan menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional yang membantu kanak kanak penghidap penyakit kanser.

Ras Adiba Radzi di’khabarkan telah bertemu pihak pengurusan & mereka berkata jika beliau meneruskan hasrat’nya, beliau tidak boleh terus membaca berita di NTV7.

Laporan GUA lewat petang tadi menjelaskan kenyataan sebenar daripada pihak Media Prima Berhad yang berkata Ras Adiba Radzi tidak pernah di’gantung kerja.

“Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan”

“Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar dapat membawa kesedaran di kalangan orang awam”

“Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan NTV7. Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara”