fbpx

Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Kini Dilamun Cinta?

Beberapa keping gambar mesra yang dikongsikan pasangan ini di Instagram nampaknya mengundang reaksi positif apabila peminat mengharapkan Iqram Dinzly dan juga Uqasha Senrose untuk dijodohkan bersama.

BACA: Uqasha Senrose Bakal Keluar Tudung Jenama Sendiri

Menurut Berita Harian, Uqasha engan mengulas lanjut perkara berkenaan dan menyatakan perkara tersebut adalah lebih baik ditanyakan kepada Iqram sendiri. Nampaknya cara Uqasha menjawab persoalan itu sendiri telah membuktikan ada sesuatu di antara mereka sehingga mahu jawapan pun kena tanya Iqram.

Selain itu, Uqasha juga dikatakan kini sudah kembali menjalani kehidupan solo sejak beberapa bulan lalu. Ini kerana, kali terakhir Uqasha dikaitkan dengan Syafiq Kyle (sebelum itu Pekin Ibrahim) dan kini mungkin juga dengan Iqram Dinzly. Mudahnya tukar pasangan seperti tukar baju.

Kami pasti sama ada Iqram mahu pun Uqasha akan menjelaskan perkara sebenar bila tiba masanya nanti. Mungkin juga Iqram adalah jodoh Uqasha yang dicari selama ini. Apa pun, semoga apa yang diusahakan oleh mereka berdua akan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)