fbpx

Rancang Kahwin Dengan Model Sambilan, Pian Cecupak Syok Sendiri?

Pian Cecupak, nama tidak segah kontroversi yang melanda si empunya diri. Selepas kolagen, kini haru dengan dakwaan merancang untuk kahwin model sambilan.

Sejak minggu lalu, Pian Cecupak melalui beberapa media massa berkata beliau kini sedang merancang untuk menamatkan zaman duda’nya bersama Aida Hazira Ahmad Razman.

Namun hari ini melalui Harian Metro, gadis berusia 23 tahun ini kesal dengan kenyataan yang di’keluarkan oleh Pian Cecupak dan berkata ia’nya tidak benar sama sekali.

Aida Hazira menafikan sekeras kerasnya dakwaan Pian Cecupak tersebut dan tidak menyangka hubungan baik antara beliau & pelakon tersebut telah di’salah anggap.

“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu”

Selepas mengetahui tentang kebenaran ini, kami tidak sabar untuk dapatkan reaksi Pian Cecupak yang lantang bersuara ke atas penulis hiburan bebas di’Malaysia berkaitan isu kolagen tempoh hari.