fbpx

Rampas Mic Peserta, Haqiem Rusli Dikecam Berlagak Poyo

Belum lagi reda dengan isu depresi, penyanyi remaja Haqiem Rusli mencetuskan kemarahan netizen apabila bertindak merampas microfon peserta program realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’ kerana menyanyikan lagunya dengan nada sumbang.

Ketika peserta tersebut menyanyikan lagu ‘Tergantung Sepi’, Haqiem dilihat gelisah dan tidak senang dengan kualiti nyanyian peserta tersebut. Mungkin tidak tahan lagi mendengar nyanyian dari peserta tersebut, Haqiem kemudiannya meluru ke arah peserta dan mengambil mikrofon dan menyambung menyanyikan lagunya sendiri.

BACA: Haqiem Rusli Lebih Tenang Lepas Buang Tabiat Lama

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen dan rata-rata mereka mengatakan Haqiem tidak menunjukkan sikap profesional dan tindakan merampas microfon itu dianggap biadap.

Tambah netizen lagi, jika dia menonton program tersebut dalam versi Korea, rata-rata selebriti menyokong para peserta dan turut menyanyi bersama-sama. Ada juga yang meluahkan rasa benci terhadap Haqiem kerana tindakannya itu.

Apa yang dikatakan oleh netizen ada betulnya kerana peserta tersebut bukanlah seorang penyanyi profesional. Jika dilihat program tersebut dalam versi Korea, selebriti yang terlibat tidak memperlekeh atau cuba merendahkan para peserta.