fbpx

Ramona Zamzam Nafi Punca Dazrin, Amyra Batal Kahwin

Peminat dunia hiburan nampaknya mula keluar dengan spekulasi sendiri selepas pasangan artis Dazrin Kamaruddin & Amyra Rosli mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung Jumaat ini.

BACA: Dazrin & Amyra Rosli Tidak Jadi Kahwin, Enggan Dedah Sebab Sebenar

Satu nama timbul ditengah tengah kontroversi ini adalah Ramona Zamzam yang dikhabarkan jadi punca kepada pembatalan pernikahan pasangan itu kerana sekeping gambar mesra antara beliau dan Dazrin yang dimuatnaik ke Instagram beberapa minggu lalu.

“Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin & tunangnya Amyra Rosli batalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia”

“Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini,“ jelas Ramona Zamzam kepada mStar Online.

Menjelaskan tentang gambar di Instagram, Ramona Zamzam menjelaskan gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.

“Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih. Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan,” tambahnya. (rtky/m)