fbpx

Ramli MS Dedah Tinggal Di Hotel Selama 13 Tahun Selepas Bercerai

Menerusi satu temu bual program Laser Bertemu Laser yang dihoskan oleh Azwan Ali, maestro terkenal negara, Datuk Ramli MS mendedahkan perjalanan hidupnya selepas bercerai dengan isterinya terdahulu.

Menurut Ramli MS yang mesra disapa sebagai Tok Ram, beliau pernah tinggal di hotel selama tempoh 13 tahun selepas bercerai dengan isteri.

BACA: Hampir Putus Asa Dalam Perkahwinan, Alyah & Ramli MS Dalami Ilmu Agama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Aku tinggal di hotel selamat 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu. Buat apa nak malu? Selepas aku bercerai, aku bagi rumah aku dekat bekas isteri, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hotel,” katanya.

Lebih lucu, Tok Ram berkata, jika diberi pilihan duduk di rumah atau hotel, dia lebih memilih untuk tinggal di hotel kerana pihak hotel akan datang seperti ‘bomba’ jika meminta sesuatu.

Kata pengkritik lagu terkenal itu lagi, beliau tidak pernah kisah dengan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Kalau pergi rumah orang tak jemput makan, kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!” ujarnya.