Rambut Tak Siap, Isteri Haqiem Rusli Dikritik Selekeh Pergi Majlis
Sejak bulan lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sejak Syawal lalu.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok Anis dilihat hadir ke sebuah majlis dan dilantik sebagai duta sebuah produk kecantikan.
BACA: Buka Ruangan Komen, Foto Isteri Haqiem Rusli Dipenuhi Kecaman
Menerusi video itu, Anis tampil memakai busana berwarna biru gelap bersama seorang wanita dipercayai pengasas jenama tersebut.
@wannurhaiza Replying to @Mawar Nazlin?? the face of mixberry terbaru !!! Bukan sekadar ambassador tapi dy mmg dh consume since tahun lepas lagi uola
Kelihatan, ketika di sesi pelancaran Anis menanda tangan ‘board’ yang terpampang wajah dan namanya sebagai duta produk berkenaan.
Bagaimanapun, di ruangan komen video di TikTok, rata-rata netizen mengkritik fesyen rambut Anis yang hanya dikepit sahaja ketika hadir ke majlis berkenaan.
Malah, ada yang mengatakan stail rambut Anis itu seperti yang mereka selalu lakukan di rumah serta meminta supaya mengupah hair stylist sekiranya hadir ke majlis seperti sedemikian.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan penampilan pengasas produk tersebut lebih menyerlah dibandingkan dengan Anis.
bukan pasal rambut la lebih kepada fesyen pakaian outdated jek zaman saloma pakai sarung tangan……hahahaha
Tu la, siapa yg ckp dia tu cntik sgt?
to be honest, dia cantik, leher dia jinjang eh orang panggil . tarikan dia di leher.
memang style rambut kena “atas”
untuk menyerlahkan lagi arah itu.
tapi kalau dah rasa nak sign produk ada event ..perkara macam ni sedikit pelik lah.
kalau produk sendiri go on la.
kalau prduk orang, kesian jugak la company yang bayar tu.
fyi..memang semua gambar dia dekat ig or story memang macam ni rambut nya.
mungkin dia rasa segak.
@hai. Betholl.. setujuk dgn komen awak