Buka Ruangan Komen, Foto Isteri Haqiem Rusli Dipenuhi Kecaman
Sejak sebulan lalu, imej terbaru isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil tidak bertudung menjadi perhatian ramai.
Malah, sejak itu juga Anis menutup ruangan komen Instagram miliknya. Namun baru-baru ini, Anis dilihat ada memuat naik foto terbaru namun tidak menutup ruangan komen.
BACA: Padam Gambar Berhijab, Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut
Menerusi foto tersebut, Anis dilihat tampil berbusana merah jambu menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya.
View this post on Instagram
Seperti sudah dijangka, ruangan komen perkongsian foto tersebut dihujani dengan kecaman netizen apatah lagi susulan tindakannya yang tidak lagi bertudung.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan isteri kepada Haqiem itu lebih cantik berhijab sebelum ini dan lebih suka melihat penampilannya bertudung.
Meskipun ramai yang mengecam namun ada segelintir menitipkan doa agar Anis terbuka hati semula untuk menutup aurat.
Komen plg bongak “lebih cantik kalau bertudung”…so bertudung tu semata-mata nak nampak cantik…jd bila dah rasa bosan dan kepanasan tambah lagi dgn cuaca sekarang,habislah terbang tudung tu.
kecam tak kecam. dia memang lagi cantik freehair. macam model. siapa cakap “lebih cantik kalau bertudung” tu living in denial hahahahaha.
But I like penyondol
Kecantikan tu simpan la untuk suami saja. Orang perempuan ramai buka aurat sebab perasan dia cantik, sebab tu suka nak tunjuk kat orang. Kadang2 orang tengok muka dan rambut macam baru bangun tidur je, tapi dia tetap rasa dia cantik. Itu yang parah hahaha.
Perempuan pakai tudung ramai juga sememeh, nasib la pakai tudung elok la sikit. Kalau bukak, rambut kepam, tak jaga, jarang pulak tu. Potong rambut Pendek mcm lelaki.