Rambut Pendek Macam Lelaki, ‘Guard’ Halang Cik B Masuk Tandas Perempuan
Baru-baru ini, penampilan terbaru anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki.
Bagaimanapun, disebabkan penampilan rambut pendeknya itu, Vida berkongsikan anaknya berdepan masalah untuk masuk ke tandas wanita.
BACA: DSV Minta Cik B Cepat-Cepat Cari Teman Lelaki, Restu Kalau Nak Kahwin Muda
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian video, Vida menceritakan tentang tentang pengalaman anaknya, Cik B diihalang pengawal keselamatan.
Meskipun Cik B sudah masuk ke tandas wanita, pengawal yang berada di luar masih tidak yakin sehinggakan Vida sekali lagi memberitahu bahawa anaknya adalah seorang perempuan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen menekankan tentang hukum wanita menyerupai lelaki termasuklah berlaku kekeliruan seperti insiden tersebut.
Malah, ada yang mengkritik Vida yang mengatakan sepatutnya seorang ibu tidak membiarkan Cik B menyerupai seperti lelaki atau serta mencadangkan supaya Cik B memakai tudung.
Sementara itu, dalam entri tersebut Vida turut menyertakan kapsyen memohon maaf kepada Cik B kerana salah memotong rambut anaknya. Terdahulu, Cik B memaklumkan rambutnya telah rosak sehingga dia terpaksa memotong menjadi pendek.
Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman
Pikir cantik ke buat rambut cam jantan cam tu?
Tak tau lah nak apa sebenarnya ni?
Nak perhatian? Nak viral?
Di dunia bolehlah perbuat apa saja dsv… sbb sentiasa esok masih ada… diakhirat baru kita tau kita dimana..
Aku kecik pun kena mcm ni selalu bila mau gi tandas awam sebab kecik Aku rambut pendek muka hensem tapi kanak2 leh la masuk kalau fikir balik ni siap yg Jaga tandas suh bogel otak dia .. lain cik b ni dah besar lagipun supa mcm lelaki remaja mmg org tak Kasi masuk sorry haha
Please la seek kaunseling, nampak sangat ada masalah body image dan self-esteem. DSV ni x nak tolong anak dia ke.
Cik B ni masih muda, ada duit, ada sumber, ni masalah nak ke tak nak je.