fbpx

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkata dia berharap anak sulungnya iaitu Cik B cepat-cepat mempunyai teman lelaki.

Memetik mStar Online, Vida berkata dia tidak kisah jika Cik B terus sahaja berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan serta tidak sabar untuk menimang cucu.

BACA: DSV Tak Kisah Cik B Potong Rambut Macam Lelaki

“Saya tahu Cik B pandai jaga diri dan dia memang tak nak ada teman lelaki. Tapi saya kata Cik B kena cari teman lelaki sebab saya tak nak bila dia dah tua baru nak cari teman lelaki, tak boleh!Sekarang ni umur 20 pun orang dah nikah, saya pun nak kena cepat-cepat dapat cucu,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut memberikan kriteria bakal menantunya haruslah seorang lelaki yang boleh menerima anaknya itu seadanya dan bukan mata duitan.

“Orang yang betul-betul boleh menerima Cik B seadaanya. Jangan pandang harta Cik B walau Cik B banyak harta, kena jujur bersama Cik B,” katanya.

Baru-baru ini, penampilan terbaru Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki.

Vida berkata dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya.