fbpx

“Ramai Yang Suka Bergurau Tanpa Fikir Perasaan Saya”

Diusik netizen berhubung sekeping gambar memaparkannya bersama tiga pelakon wanita, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah yang pernah dikaitkan dengannya, bagaimanapun, Zizan Razak enggan mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Zizan ramai suka bergurau dengannya tanpa mengambil kira perasaannya disebabkan seorang pelawak. Ujarnya, dia kini bercelaru dan risau memikirkan keadaan nenek sedang uzur dan berharap masyarakat memahami perasaannya.

BACA: Jadi Bahan Lawak Netizen, Peminat Simpati Dengan Zizan Razak

“Buat masa ini, saya tak fikir mengenai kahwin atau apa sahaja ke arah jodoh. Saya tiada masalah mengenainya kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Saya menjaga ibu dan keluarga saya.

“Ditambah pula keadaan nenek sedang sakit, jadi ia agak merisaukan. Saya sudah kembali sibuk dengan kerja, nenek pula dalam keadaan uzur. Saya bimbang tidak dapat pulang ke kampung jika berlaku apa-apa kerana tidak mahu menyusahkan produksi.

“Sebab itu, emosi saya sedikit terganggu kerana kesibukan kerja dan memikirkan keadaan nenek. Sejujurnya, saya tidak mendapat rehat yang cukup selepas pulang ke kampung menziarahi nenek, baru-baru ini,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu Zizan berkata, emosinya mudah terusik dan terganggu apabila tidak cukup rehat kerana baru sahaja pulang dari melawat neneknya. Katanya lagi, tidak semua orang faham apa yang sedang dilalui.

Tambah Zizan lagi, dia dan keluaga bimbang kerana neneknya bukan sakit biasa tetapi menghidap kanser ditambah pula dengan usia neneknya kini sudah lebih 80 tahun.

“Nak tak nak, saya terpaksa memujuk hati sendiri. Ada kala, saya penat memikirkan bila orang nak faham keadaan saya.

“Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya kuat untuk diri sendiri. Orang ingat bila bergelar seorang pelawak, saya boleh bergurau setiap masa. Jadi, saya harap semua faham kenapa hari ini saya tidak berapa okay.

“Lagipun, nenek bukan sakit biasa, doktor mengesyaki nenek menghidap kanser. Setakat ini, belum dapat dipastikan kerana mereka masih melakukan ujian. Jika soal lain saya tak kisah, tetapi apabila membabitkan nenek, hati saya berkecamuk.

“Nenek pula bukan sakit biasa seperti demam yang diberi ubat boleh sembuh. Dia pun sudah berusia lebih 80 tahun, ia menambahkan kerisauan saya dan keluarga,” katanya.