fbpx

Jadi Bahan Lawak Netizen, Peminat Simpati Dengan Zizan Razak

Selamat diijabkabulkan Khamis lalu dan selesai sudah dua majlis resepsi Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, namun kisah perkahwinan mereka masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial.

Namun ketika majlis pasangan itu hangat diperkatakan, lain pula yang timbul apabila seorang netizen tampil mengimbau kembali foto Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.

BACA: Komen Nakal Pada Jennie BlackPink, Zizan Razak Dikecam Netizen

Namun, yang menjadi isu apabila foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka netizen di media sosial sejak khamis lalu selepas Mira Filzah mengumumkan akan berkahwin.

Meskipun ramai yang menjadikannya bahan jenaka namun ada yang tampil meluahkan rasa simpati kepada pelawak dan juga pelakon itu yang mengatakan bahawa mungkin dia sudah mencuba namun tiada jodoh antara Zizan dan artis-artis berkenaan.

Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.