“Ramai Yang Nak Mengurat Saya, Puas Tangan Nak Menepis”
Empat kali kecundang dalam rumah tangga, produser terkenal Datuk A.Aida memberitahu ramai jejaka yang cuba mendekati dan memikatnya selepas bercerai dengan pelakon berbadan sasa, Ariff Aziz pada Jun lalu.
Bagaimanapun, A.Aida berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding soal jodoh. Malah, A.Aida mengakui dia sudah serik dengan kehidupan terdahulu.
BACA: RM200,000 Lesap, A.Aida Buat Laporan Polis
“Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengurat saya tu, puas tangan nak menepisnya. Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap.
“Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu. Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” katanya kepada mStar Online.
Memikipun memiliki harta dan kekayaan, A.Aida sebak apabila dia sering gagal dalam perkahwinan dan tidak bertemu lagi kebahagiaan.
“Betullah kata arwah mak dulu, Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini,” katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata dia tidak menolak andai ditemukan andai suatu hari nanti ada jodoh yang hadir dan rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
- SUMBER
- mStar Online
Kalo yg dtg tu smua dah tua nk mampos dan buaya2 darat nk buat pe
Yelah, ada org berkeluarga ramai anak, ada org berharta kaya raya, ada org sihat walafiat, ada org maseh ada mak bapak, ada org tkde hutang langsung, rezeki masing2, tak boleh dpt semuanya..better appreciate things we already have than hoping for things we cant have
itu ayat ckp bsr ke ape…!!!!
I think lki yg mngurat tu nk duit awk je..tnggl kesat kki je
dorang nak duit je lah nek. jgn rasa mcm laku sgt k. cfm dah menopos…udah2 ler, focus kumpul pahala lagi bagus
kalau ada tangan mcm octopus boleh la sembang tok mak oiii
Acik doakan moga dpt jodoh yg beriman,
bkn laki org,
bkn dai,
bkn pu,
bkn ostad penunggang agama…..
alamak….wowwww masih boleh lagi ke tutttttttttttt
Baru 18 org.. tu yg x cukup tgn menepis..
Dtg yg ke 19 nnt…. auranya.. masyaAllah..
Ms tu gerenti x tepis dh
Iyaaa ke?