Selepas lima tahun meninggalkan konti Hot FM, penyampai radio Fara Fauzana membuat kejutan kembali ke udara menerusi slot pagi bersama rakan penyampai, AG Azmeer dan Fad Bocey mulai hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, kejutan tersebut diumumkan oleh pihak stesen radio Hot FM pagi tadi sekaligus mengesahkan Farah Fauzana atau lebih mesra dipanggil Fafau kembali menyertai keluarga Hot FM.

BACA: Fara Fauzana Akui 5 Tahun Pertama Bertugas Tak Pernah Solat Subuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang teruja apabila penyampai radio terkenal itu kembali ke Hot FM serta rindu untuk mendengar celoteh Fafau.

Dalam pada itu, ada yang mahukan Hot FM memanggil semula Faizal Ismail atau FBI untuk melengkapkan kembali penyampai radio AM Krew yang pernah popular sebelum ini.

Sementara itu, ramai yang gembira dapt mendengar kembali suara Fafau di Hot FM apatah lagi sebelum ini ramai yang membesar dengan suaranya.