Fara Fauzana Akui 5 Tahun Pertama Bertugas Tak Pernah Solat Subuh
Sebut saja nama Fara Fauzana, bekas penyampai radio ini sentiasa menceriakan pendengarnya seawal 6 pagi lagi. Malah, ramai yang meluahkan rasa sedih apabila Fara membuat keputusan untuk mengundurkan diri pada 2016 untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio, Fara memberitahu ramai yang berkata beruntungnya kerja di awal pagi dan sudah tentu waktu Solat subuh tidak pernah tinggal. Namun, Fara tidak malu mengakui lima tahun pertama bertugas dia tidak menunaikan solat Subuh.
BACA: Fara Fauzana Akui Bersedih Perkahwinan Batal
KISAH FARA FAUZANA (FAFAU) BERHIJRAH
Sebab itu penting pilih kawan yang baik-baik. Terima kasih Fara Fauzana Realfafau atas perkongsian ini….Pautan video penuh di YouTube Kuliah Kuliah Lembah Klang di sini: https://www.youtube.com/watch?v=R-dndLlsMac
???????? The Rohani ????? ???????????? 9 ?????? 2017
Menerusi satu perkongsian, Fara berkata dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio untuk solat ketika itu kerana waktu kerja bermula jam 6 pagi dan ketika itu masuknya waktu Subuh.
“Saya bekerja di radio selama 10 tahun di waktu pagi. Orang boleh kata untungnya kerja pagi ni sebab solat Subuh tak pernah tinggal. Saya terus terang awal 5 tahun pertama, saya tak malu nak mengaku saya tak pernah solat Subuh.
“Kenapa, kerana 6 pagi dah bermula kerja dan 6 pagi dah mula Subuh. Saya tak tahu macam mana nak tinggalkan studio, macam mana nak solat, solat dekat mana. Pelbagai alasan yang saya rasa menyukarkan, langsung saya tak buat,” katanya.
Ujarnya lagi, kesedaran untuk melakukan suruhan wajib itu datang sedikit demi sedikit apabila dia melihat ramai rakan-rakannya boleh menunaikan solat Subuh dengan mudah.
Dalam pada itu, Fara mengakui pada awalnya agak sukar untuk menunaikan solat ditambah dengan kekangan waktu, namun tanggungjawab untuk menjadi Muslim yang baik menjadikan solat itu mudah.
- SUMBER
- Hijabista
Aib kita x payah citer kt publik laa. Ko xnk citer ke ko satu hari brp kali ko onani? Ramai jek org x solat subuh kerana keje mcm org2 yg terperangkap dlm jam di tambak johor, doktor bedah dan nurse yg terpaksa operate org dri jam 6 pg smpai pukul 4 ptg baru keluar dewan bedah dan mcm2 kerja lg.
ALLAH dah tutup aib kita….jgn la buka lg…
Dia nak cerita supaya jadi tauladan, lantak dia la bukan dia buka aib ko pun.
And Adoiyai… yang tak berapa cerdik. Kes dia ni, dia boleh solat tapi bagi mcm2 alasan sebab malas. Org yg betul2 darurat seperti tgh bedah tu tak de masalah…and ko nak bangga sgt cerita ramai tak solat sbb ko pun spesis sama so sentap ke?
Fyi,fara ni nk bgtau walaupn ko sbuk mne pn,blh je nk solat.tp bla kte pkir mcm2,tu ssah..ni ssah mmg ssah la jd nya.solat tu kn mudah.dia mngaku dia jhil..so dia xnk korang ikut walau sesibuk pn korang.ade phammm ke beeteeekkk?
Dosa membuka aib yang allah telah hijabkan .. ini orang kata, bila dah bersalah tu, sendiri dicanangnya aib
Dia nak kahwin, tapi tak de orang nak. Kesian Fafau.