Sejak Mac lalu, ramai yang terjejas pendapatan sehingga ada syarikat gulung tikar susulan pandemik COVID-19. Dalam keadaan ramai tengah hidup susah, ada pihak yang selamba menayang kemewahan tanpa pedulikan perasaan orang lain.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Baru-baru ini, perkongsian usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video dalam misi mencari kereta mewah.
BACA: Aliff Syukri Minta SPRM Lepaskan Aset, Nafi Terlibat Macau Scam
Menerusi entri itu, Aliff berkata dia baru menjual kereta mewah jenama Mercedes miliknya dan sedang mencari kereta baru untuk keluarganya. Malah, Aliff juga turut bertanyakan kepada pengikutnya kereta apa yang sesuai.
Bagaimanapun, perkongsian Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang menyifatkan usahawan itu tidak sensitif dengan situasi sesama.
Kata netizen lagi, ramai yang sedang berdepan masalah kewangan sehingga ada yang dibuang kerja kerana COVID-19 dan adalah lebih baik jika wang tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan.