fbpx

Aliff Syukri Minta SPRM Lepaskan Aset, Nafi Terlibat Macau Scam

Memetik laporan Malaysia Gazette, dua peguam usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa itu sebelum ini.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Datin Nur Shahida yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lalu dilepaskan.

BACA: Aliff Syukri Akui Emosi Terjejas Tak Dapat Membeli-Belah Di Luar Negara

Difahamkan, kedua-kedua peguam itu dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan Aliff dan isterinya.

Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Terdahulu, Aliff menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes penipuan Macau Scam. Aliff memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

Sebelum ini, SPRM membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.