Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon Mawar Rashid berkongsikan momen indah apabila menerima kejutan istimewa sempena anniversary daripada suami tercinta, Raf Yaakob.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Mawar berkata kejutan yang diterima kali menyentuh hatinya sehingga dia mengalirkan air mata tanpa henti. Mawar turut memuat naik fotonya bersama suami memakai pakaian sedondon merah.
BACA: Nak Bina Masjid & Bayar Zakat RM1 Juta, Mawar Rashid Kerja Keras Hingga Rindu Anak
“Happy 3 years anniversary cinta hatiku..tadi dah wish macam-macam. Jazakallahu khaira paplove. Kalini dapat surprise memang dia punya tersentuh tu, lain macam. Air mata tak stop tadi, perasaan tak terungkap. Syukur Alhamdullilah..Anje sayang abang Raf Yaakob,” tulisnya.
Dalam satu perkongsian lain, Mawar turut memuat naik foto memaparkan cincin tunang serta cincin nikah sebagai tanda cinta dan pengikat kasih sayang sesama mereka.
Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.