Nampaknya, Aidilfitri tahun ini agak berbeza buat pelakon Remy Ishak. Hampir dua tahun bergelar tunangan orang, namun hubungannya dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof sudah pun berakhir pada Februari lalu.
Sama seperti kebanyakan orang lain, Remy juga tidak terlepas dengan soalan cepumas berkenaan soal jodoh. Remy berkata, dia sudah bersedia untuk menjawab segala pertanyaan tersebut andai ditanya oleh saudara-maranya di hari raya nanti.
BACA: Remy Ishak Mahu Simpan ‘Magic Momen’ Dengan Mira Filzah
Katanya lagi, ada saudara ingin kenalkannya dengan wanita tetapi perkara itu bukan mudah kerana ia melibatkan soal hati. Ujarnya lagi, banyak cabaran perlu ditempuhi jika ada wanita yang ingin mengenalinya.
“Sejujurnya, soal jodoh ini adalah perkara yang rumit. Insya-Allah, jika ada rezeki nanti, saya bawa isteri pulang ke kampung. Masalahnya, sekarang saya memang tiada isteri. Kira konsep raya tahun ini adalah bujang.
“Sebenarnya, ramai saudara-mara yang ingin memperkenalkan saya dengan wanita, tetapi soal hati bukan boleh dipaksa.
“Disebabkan karier saya sebagai seorang selebriti, terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebelum seseorang wanita itu ingin mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya kepada Kosmo!
Usia hampir mencecah 40 tahun, Remy berkata sudah semestinya ibunya mahukan seorang menantu dan berharap agar dia cepat bertemu jodoh. Ujarnya lagi, sukar ingin mencari seseorang wanita yang memahami kerjaya saya sebagai seorang anak seni kerana jadual kerjanya tidak menentu.