Gandingan antara Remy Ishak dan Mira Filzah menerusi beberapa drama dilihat sangat serasi sehinggakan ada peminat terkadang terbawa-bawa dengan drama kesukaan mereka dan mahukan mereka bercinta.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimanapun, Remu memberitahu dia tidak mahu terlalu kerap bergandingan dengan Mira Filzah kerana bimbang jika peminat akan mula rasa muak melihat mereka.
BACA: “Saya Tahu Batas Saya Dengan Remy Ishak”
Katanya lagi, kalau boleh dia ingin menyimpan keserasian yang ada bersama Mira ketika berlakon supaya peminat akan merindui mereka dan tidak sabar untuk melihat gandingan di masa akan datang.
“Kalau boleh saya tak nak terlalu kerap bergandingan dengan Mira. Kadang-kadang bila kita dah tahu ada magic momen dengan dia, kita kena simpan.
“Saya bimbang kalau peminat akan muak melihat gandingan kami berulang kali sebab tu kita rancang betul-betul. Bila ada projek bagus, baru bekerjasama semula.
“Lagipun selesaiakan satu drama dahulu dan biar peminat rasa rindu nak lihat gandingan kami selepas itu,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu ramai mengaitkan perpisahan Remy dengan bekas tunang berpunca daripada hubungan istimewa yang terbit bersama Mira selepas drama mereka yang hit.