fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Mahu Cepat Dapat Anak

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengatin baru, Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang selamat diijabkabulkan pagi tadi. Fasha meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya itu berjalan dengan lancar dan disempurnakan dengan baik.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia mengharapkan perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan serta memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka dan mahu cepat menimang cahaya mata.

BACA: Dengan Sekali Lafaz, Fasha Sandha & Aidil Aziz Sah Bergelar Suami Isteri

“Allah sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Doakan kami bahagia dan cepat timang anak,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Aidil juga turut manzahirkan rasa syukur Fasha kini bergelar isterinya dengan hanya sekali lafaz.

“Saya bersyukur Fasha Sandha sah bergelar isteri saya hari ini.Dikesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga baru saya, saudara-mara, sahabat dan rakan media. Terima kasih meraikan majlis kami. Semoga anda semua dirahmati Allah,” katanya.

Dalam majlis yang berlangsung di kampung halaman Fasha, di Kangar Perlis pagi tadi, Aidil Aziz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha Sandha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.