fbpx

Tahun 2019, Nama Neelofa Bakal Mekar Di London

Pengacara, pelakon dan personaliti Neelofa secara rasminya telah menandatangi kontrak bersama sebuah agensi fesyen di London, Established baru-baru ini.

Menerusi perjanjian kontrak tersebut, Neelofa dan pihak agensi telah duduk berbincang bagi merancang kariernya di sana pada tahun hadapan.

Sepanjang berada di sana, Neelofa dan pihak agensi berkenaan telah berjumpa dengan klien berpotensi seperti Bently, Debenham dan beberapa hotel di London.

Teruja dan gembira, Neelofa berharap agar segala perancangan bersama agensi tersebut berjalan dengan lancar.

Hasrat Neelofa untuk mewakili kelompok wanita berhijab dari Asia Tenggara ke peringkat global telah pun menjadi kenyataan.

Ternyata kini, fesyen yang digayakan pemilik nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 29, bukanlah sekadar suka-suka malah setiap perkara yang dilakukan itu adalah untuk mahu menembusi industri fesyen global.