Uqasha Senrose Selesa Berkawan Dengan Kamal Adli
Mempunyai hubungan rapat dengan Kamal Adli, Uqasha Senrose mengakui ramai menginginkannya benar-benar bercinta dengan pelakon itu selepas keserasian mereka terserlah dalam drama Setelah Terlafaznya Akad.
BACA: Uqasha Senrose Mahu Bakal Suami Kuat Pegangan Agama
“Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan kami berlanjutan ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius”
Tidak berasa tertekan dengan status adiknya, Nelydia Senrose dulu berkahwin darinya, Uqasha menganggap pada usianya ketika ini masih terlalu awal untuknya berumah tangga selain masih tidak bersedia.
“Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga. Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia”
“Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang,” katanya. (rtky/w)
- SUMBER
- Berita Harian Online
Dulu2 artis di jdikn bini oleh kerabat. Skrg krabat kureng cari artis. Skrg artis sama artis..hanya itu je ke dunia korang. Tgok skrg..byk yg cerai berai..bila ada sikit msalh dpt dihidu. Carilh yg bukan sealiran pendptan.
Dulu org yg paling kaya hanya raja dan menteri2 passola. Skang org direct selling jutawan dh brp ribu? Jutawan lain2 lg pun ramai jd nk wtpe terikat dgn protokol istana sdg bole kawin dgn org biasa2 yg x kurang kaya!
Dulu2 yg jd retis ni terbahagi 2, satu yg lengkap dgn pakej, dua yg ada rupa jek tp x brp nk ada bakat atau ada bakat tp xde rupa! Org dulu2 pun yg cntik jelita ni x ramai. Al maklum laa dulu org susah, x reti hias diri serabai jer rupa, rambut, nk make up pun x reti, sapu bedak jer! Skang pelakon2 dah cari yg natural beauty, yg beauty with brain, yg independent beauty, yg biasa2 tp cute, yg unik sbb dah ramai org nmpk cantik dan pandai bergaya!