Uqasha Senrose Mahu Bakal Suami Kuat Pegangan Agama
Meskipun adiknya, Nelydia Senrose terlebih dahulu bakal menamatkan zaman bujang, Uqasha Senrose memberitahu dia tidak berasa tertekan apabila ramai yang tertanyakan bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.
BACA: “Tak Letak Ciri Idaman, Cukup Terima Diri Ini Seadanya”
“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya bila pula giliran saya (untuk berkahwin). Lagipun saya tidak kisah kalau Nelydia kahwin dulu ssebab jodoh dia sudah sampai dan saya gembira untuk dia.
Uqasha berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan sehingga tersalah pilih hanya kerana mahu cepat kahwin.
Dalam pada itu, Uqasha tidak kisah mengenai soal status atau pangkat bakal suaminya asalkan lelaki itu boleh membimbing dirinya ke jalan yang baik serta seorang yang kuat pegangan agama.
“Sekarang saya dalam misi mencari calon yang sesuai, namun enggan terburu-buru sebab tidak mahu tersalah pilih. Saya juga tidak kisah mengenai status atau pangkat bakal suami asalkan dia sentiasa berusaha dalam kehidupan untuk memberikan yang terbaik.
“Saya juga kalau boleh nak lelaki yang kuat pegangan agama sebab saya percaya seseorang lelaki itu tugasnya adalah untuk membimbing isteri mereka ke jalan yang baik. Tak boleh juga kalau wanita sahaja yang ada pegangan agama, lelaki pun kena sama sebab dia yang akan mengemudi sesebuah keluarga,” ujarnya lagi.
- SUMBER
- Kopi Planet
kawin dengan ustaz… ko nak tak?? hihi
Country shock pulak ustaz nnt kawin ngan retis huahuahua
Ada ulama besar tapi retis… kawin sajalah dgn Ashraf Muslim atau Ustaz Akill Hayy…. .. mereka semua ok tu, bukan alang2 tinggi ilmu agama hingga boleh simpan perempuan di belakang isteri…bermadu dgn salima af pun ok juga lakinya pun ustaz juga kuat agama… tapi semua mata tinggi sakit leher tunduk kalau ada perempuan retis cantik… pilihlah uqkasa
Ustaz pun x nak kawin dengan pompuan tetek bersepah. Nak muntah
Tapi ustad di atas suka… mereka tidak menundukkan mata tengok perempuan cantik lupa bini..sampai marah2 dlm socmed. ha ha ha…. nak tambah lagi bini ikut sunah…
nak jodoh yang baik, kne jadi baik dlu..
Ckp jer…….ko bleh ke hadap ceramah atas muka kau hari2???…be ur self jer lah .xpayah nak sembang lebat2….nak jodoh begitu begini…alih2 kau pilih anak datok malas kerja jadi laki kau…macam nora danish tuh.
mesti pilih yang kaya raya makeup je berapa ribu mcm EL tu…. nak ke sliming program lagi… baju mahal lagi semua maintanance mesti mahal kalau tak mcm mana nak bergaya retis kan……… sembang bohong memang kerja retis
tak payah demand lh uqasha..ade lelaki ikhlas nk memperistikan ko dah cukup bagus ..byk na kontroversi ko dulu siap ade kes dadah lagi…kene ubah diri sendiri dulu baru demand2 k. Msti ko tgh stress skg kan sb adik ko nak kawen..aku dulu pon macam tu terpaksa hadap je lh kata2 org ape nak buat jodoh dtg lambat.
bukan ini kah sibok bercinta dengan Ben Amir tu? tak kuat agama mungkin Amir tu……… tak banyak duit
Satg kalau suami suruh pakai tudung & tutup aurat lepas kawen boleh ikut ke…
Wartawan pun xde soalan lain ke , dekat semua artis ditanyanya ciri lelaki idaman lah apa .. tak semua ingin tahu ye & tak penting pun issue ni