fbpx

“Ramai Kata Artis Malaysia Kaya, Tak Kaya Bro, Buat-Buat Kaya Je”

Hangat diperkatakan isu segelintir artis yang meluahkan pendapat nasib artis yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, kenyataan mereka itu turut dikecam teruk kerana golongan artis dilihat hidup mewah tetapi mahukan bantuan dari kerajaan.

Turut memberikan pendapatnya mengenai isu itu, Sharnaaz Ahmad berkata dalam keadaan seperti ini netizen perlulah positif dan jangan terlalu menekan. Katanya lagi tidak perlu bergaduh mengenai artis banyak duit kerana kita semua sama sahaja.

BACA: “Mak Cik Pisang Goreng Boleh Kerja Dari Rumah, Kami Artis Macam Mana?”

Sharnaaz menegaskan netizen perlu faham apa yang diperkatakan oleh artis tersebut bahawa bantuan itu bukan untuk dirinya tetapi untuk artis veteran dan belakang tabir. Katanya lagi, tidak dinafikan ada segelintir yang mewah namun realitinya tidak semua begitu.

https://www.instagram.com/tv/B-R6pJFhywY/?utm_source=ig_embed

 

“Ya aku faham, ada yang cakap artis ni hidup mewah tayang apa semua. Tak semua macam tu. Hangpa faham dak? Tak semua macam tu. Ada yang jenis humble, kaya macam mana pun tak cerita.

“Apa-apa pun kita jangan duk menekan sangat. Apa artis duk ada cakap tu ada betulnya. Hangpa kena faham. Dia cakap mungkin hangpa semua salah faham. Dia bukan cerita pasal dia. Dia mampu lagi. Tapi dia cerita pasal krew dan veteran,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengatakan di saat ini sepatutnya orang ramai menjadi netizen yang membina. Sharnaaz turut membidas pandangan orang ramai yang berpendapat artis Malaysia kaya tetapi sebenarnya tidak kaya pun dan hanya buat-buat mewah sahaja.

“Semua susah sekarang ni bro. Semua orang stress. Tapi apa yang kita kena buat? Sama-sama kita tenang, lebihkan sembahyang. Kalau ada lebih, tak kiralah hang artis ka orang biasa ka. Kalau ada lebih hulur, kalau tak ada berpada-pada sudahlah.

“Apa yang kerajaan dah bagi, B40 tu kami. Ada kelonggaran kami terima, syukur terima kasih. Ramai kata artis Malaysia ni kaya, tak kaya bro. Buat kaya saja. Kereta punya banyak, bank punya. Rumah punya banyak, bank punya. Sembang saja lebih,”

Sharnaaz turut berharap agar semua rakyat Malaysia saling membantu untuk menghadapi bencana yang sedang melanda negara serta mendoakan agar semuanya akan pulih segera seperti sedia kala.