fbpx

“Ramai Je Yang Muka Lawa Tapi ‘Bawah’ Bersawang & Berbau”

Bakal melancarkan produk jamunya sendiri tidak lama lagi, pelakon yang juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin mengakui dia sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak muda ketika berusia 15 tahun lagi.

Merasai kebaikan daripada pengambilan jamu, Syatilla mahu berkongsikan dengan wanita di luar sana. Ujarnya, jamu yang dinamakan Pengasih itu dihasilkan daripada ramuan terbaik hasil dari pengalamannya sendiri dan nasihat dari mereka yang bertauliah.

BACA: Makan Jamu Sejak 15 Tahun, Syatilla Melvin Yakin Sam Tak Cari Lain

“Saya sendiri boleh rasa impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga malah dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri.

“Ia sangat membantu hubungan bersama suami sebab kita tak boleh nafikan antara punca perceraian di negara ini berpunca daripada faktor dalaman di samping hal lain.

“Sebab tu saya nak tolong wanita, saya percaya hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami dan isteri demi keharmonian rumah tangga. Hubungan seksual sangat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kita kekal bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, Syatillah berkata sebagai wanita penjagaan bahagian intim juga perlu dititikberatkan. Katanya, ramai wanita diluar sana memiliki rupa yang cantik tetapi tidak menjaga bahagian intim.

“Ramai je yang muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang atau berbau. Jadi, kalau boleh saya nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dan luaran. Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar.

“Kadang-kadang kalau nak bandingkan dengan bini muka punyalah cantik gila tapi skandal suami muka macam tapak kaki, kenapa pilih yang tak elok sedangkan isteri cantik?” katanya.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan kurniakan dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2.