fbpx

Makan Jamu Sejak 15 Tahun, Syatilla Melvin Yakin Sam Tak Cari Lain

Banyak kes lelaki digoda wanita perampas dan ‘gold digger’, pelakon Syatilla Melvin yakin suaminya, Shaheizy Sam tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu.

Menurut Syatilla, dia tidak takut suaminya digoda wanita lain kerana tahu aktor itu tahu menjaga batas sebagai seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata mereka.

BACA: Syatilla Melvin Hadiahkan Gelang Emas Besar Buat Ibu

“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil.

“Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan,” katanya kepada Harian Metro.

Kini sibuk mengembangkan perniagaannya dan bakal muncul dengan produk jamu bulan depan, Syatilla berkata dia sudah mengamalkan jamu sejak usia 15 tahun dan ia sangat membantu menjaga hubungan suami isteri.

“Saya mengembangkan perniagaan dengan tampil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Ini kerana saya mengamalkan pengambilan jamu iaitu sejak berusia 15 tahun lagi.

“Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami,” katanya.